Thursday, February 17, 2022

Health Screening and Therapy Centre : Tuaran Healthcare Centre

 HEALTH SCREENING AND THERAPY CENTRE (HSTC)

Health Screening and Therapy Centre (HSTC) Menyediakan Pemeriksaan Kesihatan Kawasan TuaranPackages untuk setiap pemeriksaan kesihatan dijalankan di premis HSTC
             

Health Screening atau Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan ini biasanya dilakukan kepada mereka yang tidak merasa sakit dan untuk menguji tahap kesihatan tubuh seseorang dan mengesan penyakit di peringkat awal. Sesuai dilakukan oleh semua golongan masyarakat fokusnya pada remaja dan dewasa. Terdapat banyak pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan kepada masyarakat remaja, dewasa mahupun kepada warga emas. Antara fokusnya adalah organ-organ utama tubuh manusia iaitu jantung, hati, ginjal, paru-paru dan banyak lagi. 


Kebaikan yang seringkali kita tidak endahkan dalam pemeriksaan kesihatan kerana menganggap kita masih sihat dan tidak perlu menjalani apa-apa pemeriksaan terhadap diri kita ada pengesanan terhadap sesuatu penyakit di peringkat awal dimana kita tidak mengalami apa-apa simptom bahawa kita sakit tetapi dalam diam sesuatu penyakit itu ada dan mula meningkat secara perlahan-lahan sehingga sistem kekebalan tubuh kita tidak boleh lagi menahannya dan terjadinya sesuatu penyakit yang memerlukan rawatan selanjutnya untuk mengurangkan ataupun merawat penyakit tersebut. Kebaikan ini seringkali dilupakan dengan sengaja oleh sesetengah masyarakat sehingga masalah dalaman yang tidak dikesan lebih awal menyebabkan seseorang mendapat penyakit dan langkah-langkah merawatnya terpaksa dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit dan mengelak penyakit tersebut terus bertambah buruk yang implikasinya menjerumus kepada kesakitan yang panjang dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan kematian. 


Ramai yang masih terfikir-fikir bahawa pemeriksaan seperti ini semacam buang masa tetapi coba kita fikirkan mengapa para doktor dan pakar kesihatan menyarankan kita untuk melakukan pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun. Semuanya kerana kepentingan kesihatan kepada kita. Seringkali masyarakat bertangguh kerana mindset seperti "Masih sihat kenapa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan" atau "Masih muda dan kuat kenapa saya mesti membuat pemeriksaan kesihatan". Namun kelalaian masyarakat yang mempunyai mindset seperti ini lah menyebabkan penyakit mula tumbuh dengan agresif sehingga bila dapat dikesan sudah ke tahap yang teruk dan memerlukan rawatan susulan seterusnya menghadkan pergerakan dan aktiviti harian seseorang. 


Jadi tunggu apalagi sayangi kesihatan yang diberikan sekarang dengan melakukan pemeriksaan kesihatan di premis kami.


"Jom Sihat Selalu"

Cegah Penyakit Sebelum Terlambat


Pemeriksaan Kesihatan kami

1. Kesihatan Jantung - Risiko Serangan Jantung, Strok, Dsb

2. Kesihatan Hati - Lemak, Fungsi Hati, Dsb

3. Kesihatan Buah Pinggang/Ginjal - Sakit, Masalah Kencing, Dsb

4. Kesihatan Paru-Paru - Petanda Masalah Pernafasan

5. Kesihatan Otak - Lemah Daya Ingatan, Gangguan Saraf Otak

6. Kesihatan Tulang - Osteoporosis, Sakit Tulang, Sakit Sendi

7. Kesihatan Lelaki/Perempuan - Sistem Pembiakan 

8. Kesihatan Perut - Gastrik, Pelawasan, Sembelit

9. Tekanan Darah, aras Gula/Kolestrol Dalam Badan, Dsb


"Jangan Bertangguh, Jom Sihat Selalu"


Anda boleh menghubungi 

📞 0164178477 

Untuk pertanyaan lanjut ataupun menetapkan tarikh temujanji saringan anda!



Joydays Tiket Penerbangan dan Trip Menarik : Tourism Tuaran

JOYDAYS TRAVEL & TOURS SDN BHD 

Joydays Travel And Tour Sdn Bhd Menyediakan Ticket Kapal Terbang dan Trip-trip di Sabah

Adalah milik bumiputera yang didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan

Seni dan Budaya Malaysia dimana Agensi ini memberikan khidmat tiket kapal

terbang dan mempromosikan trip-trip pelancongan dan perjalanan dalam negeri. 


Untuk memberikan pelanggan pengalaman yang terbaik, kami boleh dihubungi secara langsung mahupun virtual atau media sosial untuk memudahkan carian penerbangan dan tempahan penerbangan di premis kami. 

Salah satu ciri kami adalah carian dan makluman harga. Ciri ini membolehkan pelanggan mendapat pengetahuan datu pendedahan terhadapa harga penerbangan yang diinginkan. Memandangkan syarikat penerbangan sentiasa mengemas kini harga setiap hari dan kadangkala dalam beberapa minit sahaja. 

Pertanyaan pelanggan sama ada secara langsung mahupun memalui media sosial whatsapp sentiasa kami layan dengan sebaik mungkin.

Pelanggan juga boleh bandingkan harga tiket untuk penerbangan Air Asia, Malaysia Airlines dan Malindo Air dan membuat pilihan sesuai bajet perjalanan pelanggan. 


 

 










Sumber : Sabah Travel Guide

 

Bukan itu sahaja, premis kami juga merupakan agent pelancongan di Negeri Sabah. Pelanggan boleh bertanya berkaitan pakej-pakej pelancongan yang kami sediakan. 

Seperti yang kita tahu, Sabah merupakan satu Negeri yang terkenal dengan pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi di pelbagai Daerah. Setiap Daerah di Negeri Sabah terkenal dengan pusat pelancongan masing-masing dan yang paling mengujahkan apabila sesetengah pusat pelancongan tersebut adalah terbuka dan masuk secara percuma kepada semua pengunjung. 

Namun ada juga sesetengah yang mengenakan bayaran masuk untuk pusat pelancongan mereka tetapi itu bukan penghalang untuk tempat tersebut dikunjungi malah semakin ramai pelancong dan pengunjung yang datang dan berkumpul disebabkan tempat tersebut yang sangat menarik, infrastruktur yang selesa dan harga masuk yang juga berpatutan untuk setiap pusat pelancongan tersebut.  

        

Pelanggan boleh mengunjungi premis untuk;

Tempahan Ticket Kapal Terbang (Luar dan dalam negara)

🚗 Trip pelancongan dalam negeri 


Anda tiada masa datang ke premis? Hendak cepat? 

Jangan risau kami sediakan khidmat melalui sosial media Whatsapp dan anda boleh

menghubungi kami untuk tempahan anda.


Hubungi kami;

📱 0164178477


Hari dan Masa operasi premis;

Buka (Ahad - Jumaat ) 08.00 pagi - 05.30 petang

Tutup (Sabtu)

Design dan Printing: Top Multiservices Enterprise

TOP MULTISERVICES ENTERPRISE Salam Sejahtera pembaca blog, semoga hari anda sentiasa cerah dan dijauhkan dari wabak Covid19. Salam pintu rez...