TOP MULTISERVICES ENTERPRISE
Salam Sejahtera pembaca blog, semoga hari anda sentiasa cerah dan dijauhkan dari wabak Covid19. Salam pintu rezeki untuk semua💪.
Hari ini, kita bercerita sedikit tentang perkhidmatan di premis kami. Perkhidmatan ini secara walk in di premis jika anda ingin berurusan. Pertama sekali kami menyediakan untuk anda perkhidmatan Printing sama ada berwarna ataupun hitam putih. Boleh bawa pendrive anda untuk dokumen yang perlu di print di premis kami, Jika tiada pendrive jangan risau kita runding sampai jadi 😁. Kami ada menyediakan No Whatsapp yang boleh anda semua hubungi untuk print dokumen anda tanpa pendrive yang lebih selamat untuk masa-masa sekarang seperti kita tahu semenjak si Covid ni datang semua urusan mahu yang contactless atau tanpa bersentuhan. Kamu boleh rujuk pada gambar No yang boleh dihubungi . Bukan itu sahaja premis kami juga menyediakan Copying, Laminating Sijil-sijil penting, surat Beranak, Kad Vaksin dan banyak lagi ikut suka kamu mahu laminate dokumen apapun kami terima asal sahaja dokumen anda dapat dilaminate atau laminate paper tersedia untuk dokumen anda.
Selain itu kami juga menyediakan khidmat menaip surat. Surat yang biasanya kami terima untuk ditaip seperti Surat Akuan Sumpah, Surat Permohonan, Surat Pengesahan Pendapatan, Surat Resume dan banyak lagi. Kamu hanya perlu sediakan isi kandungan surat tersebut dan cengggg tersedia untuk kamu. Jika tiada idea atau ilham nak tulis apa dalam surat yang kamu perlukan, jangan risau staff kami akan sedaya upaya menolong kamu untuk dapatkan isi yang bersesuaian dengan permintaan kamu. Feel free ke premis kami jika anda tercari-cari premis yang boleh menyediakan banyak perkhidmatan dalam satu masa. Harga untuk setiap perkhidmatan juga sangat berpatutan. So, tunggu apalagi💨, perlukan perkhidmatan ini just Whatapp kami di Nombor tertera.
Belum cukup banyak perkhidmatan tu????😏
Ada lagi😆 Kami juga sediakan Perkhidmatan Pembayaran Bil. Kamu mahu bayar apa?? Bil Elektrik Bil Telefon Bil Unifi Astro Nah semua ada di premis kami, kamu hanya perlu datang dan bagi nombor akaun bil tersebut, tekan-tekan dan siap. Bayaran pun ikut amaun bil semasa kamu. Mudahkan?
Tidak cukup lagi?? Ada lagi yang ini memang kegunaan ramai orang ni. Kalau tiada ini maka macam tu tunggul kita rasa kan, sunyi ja kosong perasaan, Aisemenn😆 Bah kehabisan sudah kamu quota internet mari pigi premis kami, kami ada jual reload top-up juga untuk pelbagai telco. Serbuh ramai-ramai tapi ikut giliran lah kalau sampai premis nanti tiada SOP bilang tu Abam Baju Hitam. Jangan segan jangan malu rasa mahu terus maju😎. Boleh berhubung dengan kami di nombor yang tertera untuk sebarang pertanyaan tentang perkhidmatan di premis kami.
Masa premis beroperasi :
Ahad - Jumaat
08.00 pagi - 05.30 petang
Sabtu Tutup!
No comments:
Post a Comment